Sumbangan Dari D’harmoni Telco Infra Sdn Bhd (Covid-19)<div class="post-avatar" style="float: right;" ><img alt='Sumbangan Dari D’harmoni Telco Infra Sdn Bhd (Covid-19) avatar' src='http://0.gravatar.com/avatar/0de9832b3082f6eab15bf76f854f13dc?s=64&d=mm&r=g' srcset='http://0.gravatar.com/avatar/0de9832b3082f6eab15bf76f854f13dc?s=128&d=mm&r=g 2x' class='avatar avatar-64 photo' height='64' width='64' /></div>

Sumbangan Dari D’harmoni Telco Infra Sdn Bhd (Covid-19)
Sumbangan Dari D’harmoni Telco Infra Sdn Bhd (Covid-19) avatar

SUMBANGAN DARI D’HARMONI TELCO INFRA SDN BHD

Johor Bahru: Dalam usaha melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak COVID-19, pihak D’Harmoni Telco Infra Sdn Bhd telah menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada barisan hadapan (frontliners) negeri Johor sebagai tanda terima kasih di atas jasa mereka dalam menangani penularan wabak ini.

Sumbangan dan bantuan ini juga disampaikan dan diserahkan secara langsung oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi syarikat iaitu Dato’ Haji Sukarno bin Sayuti dan Dato’ Haji Mohd Rehat bin Ahmad dalam majlis yang telah berlangsung di IPD Johor Bahru Utara, IPD Kulai, IPD Seri Alam dan Balai Polis Tiram.

Sumbangan dan bantuan tersebut adalah berupa kipas, sanitizer, topeng muka, sarung tangan, makanan, air mineral dan keperluan asas yang lain.

Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada Klinik Kesihatan Mahmoodiah sebagai pusat saringan utama COVID-19 di Johor Bahru.

Bagi pihak D’Harmoni Telco Infra Sdn Bhd, semoga usaha murni yang kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan pelbagai pihak yang terlibat.

We care❤

Stay at home🏘

Close Menu